Sunday, 26 May 2013

Format Rancangan Mengajar Berpusatkan Guru (Lukisan Isometrik)


Sekolah:  Sekolah Menengah Teknik Ampuan

Subjek: Lukisan Kejuruteraan

Tarikh: ________________________            Tingkatan: ____________________ 

Masa :  80 minit

Kehadirian: __________________

Topik: 2. Lukisan Isometri

Objektif Pembelajaran :
            Pada akhir pembelajaran murid dapat:
I.       Menerangkan konsep lukisan isometri.
II.    Mengenalpasti ciri lukisan isometri.
III. Membina lukisan isometri mengikut kaedah kotak dan kaedah rangka.
IV.  Membina lukisan isometri bagi objek berperamukaan rata, condong, oblik dan lengkung.
V.    Mendemensikan lukisan isometri.
VI. Mengaplikasikan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.

Pengetahuan Sedia Ada
                  Pelajar telah mempelajari tentang alatn lukisan teknik dan jenis-jenis garisan dalam bab lukisan teknik yang lepas.

Bahan Bantu Mengajar
I.       3 contoh bongkah.
II.    Power point tentang lukisan isometri.
III. Kertas edaran mengenai lukisan isometri.


Langkah
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
(Guru dan Murid)
Bahan/Nota
Set Induksi
5 minit
(9.00 – 9.05)
·   Tayangan tentang grafik bongkah-bongkah.
·  Guru menayangkan video grafik bongkah yang bercahaya dan berwarna warni menggunakan LCD.
·   Rangsang minda pelajar
Langkah 1
10 minit
(9.05 – 9.15)
·   Lukisan isometri
·  Guru menerangkan konsep lukisan isometri dan kepentingannya.
·  Guru mengedarkan bongkah-bongkah kepada pelajar untuk diteliti
·  Pelajar mendengar dan meneliti bongkah yang diedarkan. Disamping itu pelajar dan guru saling berinteraksi dengan soaljawab.
·  3 bongkah yang berlainan bentuk
Langkah 2
20 minit
(9.15 – 9.55)
·   Lakaran lukisan isometri.
·   Tayangan power point cara untuk melakar lukisan isometri.
·   Lakaran manual di papan putih langkah demi langkah untuk menghasilkan lukisan isometri.
·  Guru menayangkan power point langkah demi langkah penghasilan lukisan isometri.
·  Guru menunjukcara dengan mebina lukisan isometri mengikut kaedah kotak dan kaedah rangka dan membina lukisan isometri bagi permukaan rata, condong, oblik dan lengkung.
·  Pelajar dikehendaki melakar lukisan isometri berdasarkan bongkah yang diberi secara individu.
·   Power point
Langkah 3
10minit
(9.55 – 10.10)
·   Mendimensi unjuran ortografik
·  Guru menerangkan maksud dimensi dan kaedah melakarkan garisan dimensi pada lukisan isometri yang telah dibuat oleh pelajar.
·  Guru membuat tunjukcara.
·  Pelajar melihat dan meneliti bagaimana kaedah mendimensi dan mengaplikasikan kaedah tersebut dalam lakaran mereka.
·   Power point.

Langkah 4
30 minit
(10.10– 10.15)
·  Pengukuhan

·  Guru megedarkan kertas soalan pengukuhan untuk dijawab oleh murid.
·  Pelajar hanya diberi menjawab dalam masa yang telah ditetapkan dan hantar semula kepada guru.
·   Kertas edaran bagi soalan lukisan isometri.
Langkah 5
5 minit
(10.15 – 10.20)
·   Penutup

·  Guru membuat sedikit rumusan mengenai pembelajaran hari ini.
·  Pelajar mengemas semula bilik darjah yang telah digunakan seperti menyapu, menyusun kerusi memulang dan menyusun alatan lukisan teknik.


Refleksi :

No comments:

Post a Comment