Monday, 29 April 2013



Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalammualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit dengan kawan-kawan mengenai apa yang dikatakan dengan rancangan mengajar harian RPH. Rancangan Pengajaran Harian atau juga dikenali sebagai persediaan mengajar merupaka satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran dan memerlukan beberapa perancangan dan perlaksanaan seperti, meneliti dan Mentafsir sukatan pelajaran, membuat skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun dan menyediakan persediaan mengajar harian. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada pendidik. Melalui Persediaan RPH yang lengkap dan sistematik membolehkan pendidik mencapai iaitu menentukan objektif pelajaran supaya tidak terkeluar dari apa yang dirancang, memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masayang diperuntukkan, menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar, merancang aktiviti murid-murid didalam kelas, mengawal bilik darjah dengan baik, menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid, menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur, memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran danpembelajaran dan merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment